
tyra_lott
4 tahun
Anak batuk dan demam panas
Anak saya 3 tahun mula batuk dan demam panas (suhu 38.5) hari ni. Kami ada history visit to the airport & travel to Terengganu by flight 13 hari yg lalu. Saya sudah buat penilaian risiko Covid-19 untuk anak saya dan risikonya adalah rendah.
Tetapi jika saya tetap ingin membuat saringan untuk Covid-19, adakah saya perlu terus ke hospital kerajaan?
Saya menetap di Seremban, saya sudah cari dan call tetapi tiada pihak swasta di Seremban yang boleh menjalankan ujian saringan tersebut. Bolehkan saya terus pergi ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk saringan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Namun begitu, selain COVID gejalademam dan batuk yang dialami oleh anak anda boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria / virus
Demam denggi
Allergic Rhinitis
Keradangan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Kembali kepada soalan anda, hospital kerajaan hanya akan melakukan ujian COVID-19 untuk pesakit yang berisiko tinggi. Namun begitu, kami ada menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home.
Anda boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Semoga anak anda cepat sembuh dan terima kasih.