
Sulit
4 tahun
Anak batuk dan positif covid 19
Anak dan suami positif dan nak tanya batuk berkahak ubat apa yang sesuai?
Anak umur 9-10 tahun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda terutama pada musim pandemik ini dan ia melibatkan ahli keluarga anda. Untuk pengetahuan anda, maklumat lanjut mengenai batuk berkahak anak anda adalah diperlukan dan ianya memerlukan pemeriksaan doktor kerana sesetengah ubat batuk tidak sesuai dan tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak dan juga supaya punca batuknya dapat diketahui untuk rawatan selanjutnya.
Kami sarankan anda menghubungi pihak kesihatan dan memaklumkan kepada merekan mengenai keadaan anak anda supaya tindakan selanjutnya dapat dilakukan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan pencerahan daripada doktor kami. Terima kasih.