
4u2mailus
3 tahun
Anak bersin waktu pagi
Hi doc. Anak saya umur 8thn bersin waktu pagi. Now his brother age 12 da start bersin waktu pagi. How to cure ya? Kesian anak2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala-gejala yang dialami boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Allergic rhinitis (resdung)
- Non-allergic rhinitis
- Vasomotor rhinitis - berlaku apabila perubahan suhu sejuk ataupun panas
- Infection rhinitis - jangkitan lapisan dalam hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.