
Sulit
4 tahun
Anak berumur 2thn 3 bln. Demam selsema dan batuk
Sy seorg wanita berkahwin dan mempunyai Anak angkt.Anak sy adalah kanak2 lelaki yg aktif sdh 2 hari demam batuk dan selsema. Bolehkah dia dijangkiti COVID Dr mak kandung nya yg pernah di jangkiti COVID dan adakah sy boleh dijangkiti kerana sy mempunyai sakit buah pinggang dan masalah jantung

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dialami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anak angkat anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan paru-paru
- Radang tekak atau tonsil
- Selsema
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang dialami. Kami sarankan anda untuk membawanya berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan.
Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Sukar untuk kami katakan sama ada anak angkat anda mengalami gejala COVID-19 ataupun masalah pernafasan yang berpunca daripada faktor lain. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini