
Sulit
5 tahun
Anak demam cacar air
Anak saya 3 thn lbh dan mengalami demam cacar air.blh x saya mandkan anak saya klu suhu bdn tinggi.org dlu2 kte tkt kne swn ngan chicken pox tu akan lebih bnyk merebak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, seharusnya anak yang terkena demam cacar air harus dimandikan memandangkan ia adalah lebih kotor dan anak akan terdedah kepada risiko jangkitan sekunder sekiranya tidak dimandikan. Silakan klik link ini untuk membaca lanjut tentang cacar air.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.