
Sulit
5 tahun
Anak demam mengigil tapi badan sejuk
Assalamualaikum doctor… sy ira anak sy berumur 4thn berat anggaran 27kilo. Dah 2hari ni demam, semalam demam panas mengigil tapi harini demam dah tak panas tapi masih mengigil dan muntah keluar air. Boleh sy tau kenapa ya? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat pelbagai punca kepada demam dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca kebiasaan bagi demam dalam kanak-kanak adalah:
- Jangkitan kuman - seperti dalam perut, saluran kencing, saluran udara
- Keradangan - seperti keradangan hempedu, apendiks
- Alahan - alahan yang teruk juga boleh menyebabkan muntah dan demam
- Penyakit auto-imun
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.