
raihanasaffiyah
5 tahun
Anak demam Panas, darah putih tinggi
Hai. Anak saya demam Panas sejak Dari pukul 2 pagi tadi , Dan saya telah bawak ke klinik doc bagi ubat masuk ke punggung . Tapi takda perubahan Dan petang tadi sekali Lagi bawak ke klinik,dan demam nya mencapai suhu 40c Dan didapati darah putih dia tinggi Dari drh merah. Apakah langkah yang terbaik yang sepatutnya saya lakukan? Adakah itu pekara normal? Cara turunkan demam Panas?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Darah putih yang tinggi selalunya menandakan jangkitan bakteria, virus atau organisma lain. Jika punca jangkitan tidak dirawat dengan ubat seperti antibiotik,demam tidak akan pulih. Jika demam meningkat selepas beberapa jam selepas pengambilan ubat, sila berjumpa doktor segera kerana risau komplikasi demam terlalu tinggi seperti sawan. Anda juga digalakkan untuk sering membasahkan badan anak dan tidak membalut dengan material kain yang panas untuk membantu mengurangkan suhu badan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.