
evanajerry8586
5 tahun
Anak dijangkiti Chicken pox
Anak kecil saya berumur 4 tahun dijangkiti Chicken pox. Suhu badan pun terlalu tinggi.Bolehkah anak yang dijangkiti Chicken pox ini terkena angin?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Untuk makluman anda, chicken pox atau penyakit cacar ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penyakit cacar air dan penyakit cacar api.
- Penyakit cacar air atau lebih dikenali sebagai ‘chickenpox’ ini merupakan sebuah penyakit di mana individu terbabit mempunyai jangkitan virus bernama ‘varicella zoster’. Virus ini selalunya menjangkiti golongan muda seperti bayi, kanak-kanak serta remaja. Ia juga boleh menjangkiti golongan dewasa.
- Penyakit cacar yang melibatkan golongan dewasa merupakan penyakit cacar api dan ini dikenali sebagai ‘herpes zoster’ atau ‘shingles’.
Untuk pengetahuan anda, Chicken Pox berkemungkinan boleh merebak melalui titisan pernafasan, melalui sentuhan dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.