
Sulit
4 tahun
Anak dijangkiti herpes atau tidak jika menerima darah darah ibunya
Saya wanita 27tahun…disahkan hsv2 semasa hamil anak pertama usia kandunga 36 minggu…sekarang anak umur 3 tahun dan saya tidak ada gejala…saya ingin tahu semasa anak sakit dan doktor perlukan darah saya…adakah anak saya juga dijangkiti?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk maklumat anda, anda boleh menderma darah sekiranya anda mempunyai sejarah jangkitan HSV-2 dengan syarat berikut:
- Tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan aktif dan ruam jangkitan telah sembuh dan kering
- Anda boleh menderma selepas 48 jam setelah mengambil dos terakhir ubat antiviral
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namuun begitu, anda perlu berbincang terlebih dahulu dengan doktor sebelum menderma darah untuk anak anda dan sesiapa sahaja kerana masih terdapat risiko untuk membawa virus tersebut walaupun anda tidak bergejala.
Jika anda masih mempunyai soalan, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih cerah bersama dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.