
Sulit
5 tahun
Analisis medical check up
Hi doktor. Anak saya ada buat medical check up dan dh dpt report dr lab. Pada blood film comment ditulis :
Hb is normal. Reds cell show mild erythrocytosis and microcytic hypochromic with anisopoikilocytosis. Occasional target cells, several elliptocytes and schistocytes seen. Mild lymphopenia. Some atypical lymphocytes seen. Platelets appear aduquate. Red cells change are suggestive of iron deficiency and/or thalassemia trait. Suggest hb analysis and iron study
Boleh tak doktor tolong jelaskan. Saya kurang paham. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pemeriksaan diatas akan dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti sel dengan penampilan yang tidak normal. Hasil pemeriksaan seperti yang puan tuliskan diatas bermaksud bahawa hasil pemeriksaan tersebut bukan definitif kerana ia belum boleh menentukan penyebab masalah yang dihadapi oleh anak anda. Antara kemungkinan diagnosis anak adalah:
- Kekurangan zat besi - biasanya akibat diet yang tidak seimbang
- Thalassemia trait - sejenis penyakit darah yang terkait genetik
Justeru, ahli hematologi (ahli darah) mencadangkan agar dilanjutkan dengan pemeriksaan analisis hemoglobin (Hb) dan iron study bagi menentukan mana satukah diatas adalah diagnosis pasti bagi penyakit yang dihadapi oleh anak anda.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.