
Sulit
5 tahun
Anemia akibat pendarahan pada buasir
Saya mengalami anemia akibat pendarahan buasir. Saya membuat rawatan di hospital kerajaan tetapi rawatan tak membuahkan hasil yang baik. Selepas diberi ubatan dan penambahan darah, keadaan saya beransur pulih. Tetapi akibat daripada pendarahan pada buasir yang tak henti ketika membuang air besar, keadaan saya semakin teruk. Apa pendapat doktor tentang apa yang terjadi kepada saya. Apakah cara yang patut saya lakukan dan ubatan apakah yang harus saya makan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bagi mengatasi masalah ini, penyakit buasir anda haruslah terlebih dahulu dirawat. Antara langkah pencegahan yang boleh anda amalkan di rumah adalah seperti:
Cuba jangan duduk berjam-jam dalam satu masa. Tetapi jika anda perlu, berehat - sekali setiap jam, bangun dan bergerak sekurang-kurangnya selama 5 minit.
Masukkan jeli petroleum hanya di dalam dubur untuk membuat pergerakan buang air besar kurang menyakitkan.
‘Witch hazel’ (agen anti-radang yang menenangkan) pada buasir yang merengsa untuk mengurangkan kesakitan dan gatal-gatal.
Jangan garu buasir, kerana ia membuat segala-galanya lebih teruk.
Untuk membantu mengurangkan bengkak dan kerengsaan, guna krim steroid “over-the-counter” untuk kulit (bukan di dalam anus - di luar sahaja) dan pek sejuk . Anda boleh cuba krim haemorrhoid yang melegakan untuk melegakan gatal-gatal.
Jika anda memerlukan penahan sakit, pertimbangkan untuk menggunakan paracetamol.
Mandi selalu untuk menjaga kawasan dubur bersih, tetapi elakkan menggosok berlebihan terutama dengan sabun kerana dapat meningkatkan kesakitan.
Jangan duduk di tandas selama lebih daripada lima minit pada satu masa.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang sesuait, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.