
Anonymous
4 tahun
Anemia tiada selera makan
Salam… Hai doktor…
Ayah sy berumur 60 ada pnyakit anemia… Result smple najis smua negatif… Skrg ambil sample darah pulak untuk kesan knser… Result lmbat lagi. Ayah takde selera nak mkn, dan bdan makin susut. Biasanya sample darah di ambil utk apa, bg pesakit anemia?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ujian sampel darah diambil untuk berbagai-bagi ujian seperti:
- Melihat status tiroid - seperti hiper/hipo tiroid yang mengawal metabolisme seseorang
- Melihat jika dijangkiti kuman - seperti didalam darah
- Melihat status gula, kolesterol - bagi melihat jika ada penyakit kencing manis, kolesterol tinggi dan sebagainya
- Melihat penanda kanser - jika penanda tinggi, kemungkinan kanser itu juga tinggi namun ianya bergantung juga kepada sejarah kesihatan dan gejala yang dialalmi
- Melihat status buah pinggang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, ayah anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.