
Sulit
4 tahun
Angin dalam perut, rasa mual & rasa suhu badan meningkat
Salam & hi doktor…saya ada masalah angin dalam perut…Rasa mual tapi tak muntah…sy ada pergi klinik Dan doktor bagitahu gastrik angin…selepas angin dah rasa xde, tapi sekarang ianya berlaku smula…Rasa mual & angin dalam perut…Saya ada bersama dgn suami selepas darah haid dh tak Ada…Ada tertelan air mani suami & suami memekai kondom ketika bersama…Boleh doktor beri penerangan apa masalah yg saya hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai perasaan mual dan juga perut berangin. Untuk makluman anda, masalah yang anda alami ini lebih berkait dengan masalah sistem dan saluran penghadaman anda. Terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan masalah yang anda perihalkan iaitu:
- Ulser perut
- Penyakit refluks esofagus (GERD) yang disebabkan oleh asid naik ke teka.
- Keradangan pada perut (Gastritis) atau dikenali sebagai gastrik.
- Keracunan makanan
- Jangkitan kuman pada perut atau salur usus
- Alahan yang terdapat pada makanan.
- Kehamilan (perasaan mual, muntah, dan juga sakit payu-dara serta tidak kedatangan haid)
- Tekanan darah tinggi
- Jangkitan virus seperti influenza dan infectious mononucleosis.
Sementara itu, kami ingin nasihatkan anda untuk memantau simptom-simptom lain seperti:
- Sakit pedih ulu hati atau sesak nafas
- Muntah-muntah dan sakit kepala
- Masalah pembuangan air besar atau najis yang berdarah
- Kekuningan pada kulit seluruh badan
- Terasa tekak seperti ada sesuatu yang tersekat
- Sukar menelan
- Keruaman pada kulit
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah yang anda perihalkan sekiranya perkara ini berlarutan dan semakin teruk.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.