
Sulit
4 tahun
Angiokeratome on right scrotum
Saya merasa sedikit gatal dan sedikit perih apabila menyentuh di buah zakar sebelah kanan,di mana tempat timbulnya bintik hitam seperti tahi lalat yg merupai angiokeratome…Adakah iyanya berbahaya,saya juga mendapati bintik hitam tersembut bertambah dgn jumla yg sedikit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kegatalan buah zakar.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya perlu melakukan pemeriksaan fizikal terlebih dahulu bagi mengetahui apa yang anda maksudkan tentang bintik hitam tersebut. Namun begitu, kegatalan pada buah zakar boleh disebabkan oleh:
- Alahan kepada pakaian
- Keradangan buah zakar
- Eczema
- Alahan kepada produk kebersihan
- Penyakit jangkitan kelamin
- Scabies
- Jangkitan kulat
Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dnegan doktor di klinik bagi mendapatkan pemeriksaan susulan. Sekiranya anda mengalami gejala di bawah, sila bersegera ke klinik:
- Sakit buah zakar yang berpanjangan
- Demam dan muntah
- Prubahan warna pada kulit buah zakar
- Buah zakar membengkak
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.