
Sulit
4 tahun
Anonymos question for infection of HIV on someone
Hi doctor, Saya ada soalan mengenai status HIV/AIDS seseorang. Kawan saya mempunyai seorang bapa yang mempunyai jangkitan HIV & AIDS. Dan keluarga hanya tahu mempunyai penyakit ini selepas dia kemalangan dan meninggal. Mak beliau sudah menduduki test hiv selepas itu dan keputusannya negatif
Soalan saya.
- Adakah penyakit ini boleh berjangkit kepada anak beliau iaitu kawan saya dimana hanya berumur 5 tahun ketika bapa beliau meninggal. Dan sekarang sudah berumur 22 tahun. Tidak menunjukkan sebarang symptom dan tidak pernah memakan ubat HIV/AIDS.
- Adakah beliau bebas dari penyakit ini kerana tidak menunjukkan sebarang symptom walaupun sudah bertahun tahun.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mangajukan soalan kepada kami.
Melalui keterangan anda di atas saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda HIV boleh dijangkiti jika salah seorang pasangan merupakan HIV-positif. HIV boleh didapati daripada:
- darah
- air mani
- air mazi
- cecair rektum
- cecair faraj
- susu ibu
HIV boleh merebak kepada seseorang jika:
- melakukan hubungan seks tanpa kondom
- berkongsi jarum untuk dadah
- pemindahan darah atau organ yang tercemar dengan HIV
- ibu yang telah dijangkiti memberikan susu kepada bayinya
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Pada peringkat awal, pesakit tidak menunjukkan tanda-tanda HIV dan kelihatan sihat namun dia adalah positif. Seeloknya jika anda mengsyaki kenalan anda mempunyai HIV, kenalan anda perlu membuat ujian HIV yang boleh dibuat dimana-mana klinik dan hospital. Sekiranya kenalan anda positif , kenalan anda perlu meminta pasangannya untuk melalkukan pemeriksaan yang sama. Seeloknya HIV perlu dikesan dengan awal supaya dapat melakukan rawatan dengan awal untuk menurunkan kadar virus dalam badan. Anda boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.