mahmud
4 tahun
Apa beza obesiti dengan kolesterol tinggi
Apa beza obesiti dengan kolesterol tinggi? Dua dua banyak lemak dalam badan kan?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Obesiti merupakan satu penyakit yang menyebabkan pengumpulan lemak yang berlebihan pada tubuh dan berat badan berlebihan. Secara umumnya, lelaki yang mempunyai peratus lemak melebihi 25% dan wanita melebihi 35% dikategorikan sebagai obes. Obesiti boleh diklasifikasi mengikut berat badan berdasarkan indeks jisim tubuh (BMI).
Formula untuk mendapatkan indeks jisim tubuh adalah = berat (kg) / tinggi2 (m)2. Untuk orang asia, BMI 25 kg/m2 atau lebih diklasifikasi sebagai obes, sementara BMI 23 kg/m2 atau lebih sebagai berat badan berlebihan.
Faktor-faktor yang menyebabkan masalah obesiti termasuk:
- pengambilan makanan secara berlebihan
- kekurangan aktiviti fizikal
- peningkatan umur
- kaum wanita
- ubat-ubatan
- penyakit seperti hypothyroidism
Obesiti boleh meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit-penyakit seperti kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan batu hempedu. Rawatan obesiti termasuk pemakanan yang sihat, senaman secara berkala, terapi tingkah laku (sesi kaunseling pemakanan, kumpulan sokongan), ubat-ubatan untuk mengurangkan penyerapan lemak di salur pemakanan dan mengurangkan selera makan, dan pembedahan.
Kolesterol (lemak) adalah salah satu bahan kimia yang penting dalam badan. Fungsi lemak:
- Sebagai sumber tenaga – Disimpan dalam tisu lemak dan diguna apabila karbohidrat tidak cukup untuk membekalkan tenaga
- Sebagai sebahagian struktur membran sel – Membran sel mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar dan mengawal pengaliran bahan-bahan ke luar atau dalam sel.
- Sebagai hormon dan vitamin – Sebahagian daripada hormon dan vitamin dalam badan manusia diperbuati daripada lemak.
Namun, tahap kolesterol perlu dikekalkan dalam peringkat yang disarankan. Jika tidak, kolesterol tinggi boleh berlaku. Kolesterol dikira tinggi apabila kolesterol total >5.2mmol/L, trigliserida >1.7mmol/L, kolesterol LDL (buruk) >2.6mmol/L, kolesterol HDL (baik) <1.0mmol/L.
Kolesterol tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan serangan angin ahmar. Rawatan kolesterol tinggi termasuk amalan gaya hidup yang sihat dan pengambilan ubat kolesterol seperti statin, fibrat, resin, niasin dan perencat penyerapan kolesterol.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.