
Sulit
5 tahun
Apa masih boleh penetrate jika on pil postinor or yasmin?
Antara Postinor dan Yasmin mana yang lebih baik digunakan? Yang lebih berkesan? Lebih selamat dan tidak menaikkan berat badan dan jerawat? I never used any pills before. Dan still tak clear dgn perbezaan dua pills ni. Adakah yasmin to be used in one month period? So in that one month period boleh penetrate anytime ke? And yasmin diambil even before nak buat unprotected sex ke? And postinor to be said in 72 hrs kan, so within 72hrs on postinor tu still can penetrate lg or cannot?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan,Postinor 2 adalah perancang kehamilan kecemasan yang hanya boleh digunakan sekali sahaja dalam kitaran haid dan hanya berkesan dalam tempoh 72 jam persetubuhan. Pil Yasmin pula adalah pil perancang kehamilan yang perlu diambil selama 21 atau 28 hari (bergantung kepada arahan pek) yann berfungsi untuk mencegah kehamilan untuk jangka masa panjang. Penggunaan pil Yasmin membolehkan hubungan kelamin dilakukan pada bila-bila masa sekiranya diambil dengan cara yang betul. Kedua-dua jenis pil mempunyai kesan sampingannya yang sendiri dan yang terutama adalah ketidak-stabilan kitaran haid. Pil Yasmin dikatakan membuatkan berat naik kerana ia akan membuatkan pengguna berasa lapar. Sekiranya pemakanan dijaga, kesan ini sangat tidak kelihatan. Ubat Postinor 2 pula tidak disarankan untuk kegunaan lebih dari 1 kali dalam satu kitaran haid kerana dosnya yang lebih tinggi dan boleh menyebabkan ketidak-stabilan haid jangka masa panjang. Selama pengambilan Postinor 2, pasangan tidak digalakkan bersetubuh kerana pendarahan akan berlaku dan bagi mengurangkan peluang kehamilan sekiranya ubat tidak berkesan. Terdapat banyak lagi jenis kaedah perancangan keluarga yang boleh digunakan untuk kesesuaian anda seperti jenis suntikan, implan dan IUCD.
Oleh itu, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.