Anonymous
5 tahun
Apa yang patut saya lakukan?
Saya wanita berusia 27 tahun yang mengalami sakit belakang menyebabkan tangan dan kaki saya menjadi kebas. Sehingga saya tidak mampu untuk memegang objek terlalu lama. Punca saya sakit belakang disebabkan dulu pernah terjatuh di dalam bilik air dan tergelincir jatuh disebabkan kecuaian org lain. Apa yang patut saya buat?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah kebas dan kejang boleh disebabkan oleh masalah otot dan juga saraf. Kemalangan anda yang melibatkan bahagian belakang badan mampu menjejaskan saraf tunjang sekali menyebabkan simptom berikut. Simptom berlaku berdasarkan bahagian spesifik yang terjejas.
Justeru itu, terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Sila rujuk kepada doktor pakar atau secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih




































