
qasihlaila08
5 tahun
Apakah akibat selepas keguguran tidak mencuci rahim(adakah mempunyai kesan sampingan)
Hai…selamat pagi doc.saya wanita umur 28thun sya mepunyai ank 3.yang bongsu sya alami keguguran…sya ingin bertanya…sekiranya sya pernah keguguran dn tdk mencuci rahim apakah kesan kepada rahim kita…sya keguguran bulan 12 thun lepas 2018.tidak bercuci time tu.sbb sdh scan janin sdh keluar keseluruhannya…tpi bilang doc tu tdk paya di cuci rahim sbb rahim sdh mhu dekat tutup…selepas 3 hari keguguran sya jumpa sma doc bagitau sya keguguran:cry:sya takut cuci rahim:cry:
selama 2 bulan perut pndai kejang dn sakit…kaki pndai jem selepas keguguran dri bulan 12 smpai bulan 3 (2019.)…walaupn sya sekarang sehat.sakit perut selalu pndai datang sakit…tdk juga sakit truk…tpi itulah perut pndai datang sakit selepas berjalan atau pun selepas makn.badan pndai cepat penat.perut terasa kembung di cucuk2…klu perut tu di tekan memang sakit(time datang sakit).seakan akan di cucuk2…wlupun sdh jumpa doc kerajaan…mereka kata perut kembung dn di bagi antibiotik atau obat sahaja.tpi masalahnya wlupun setelah 9 bulan sya selepas keguguran perut msih still sakit di bahagian perut kiri dn kanan.lobang pusat tu kalau di tekan pndai sakit juga dn di bawah rahim…dn sekarang klu saya tekan perut saya memang sakit lah klu saya tekan2 perut…apakah penyebabnya…muda mudahan bukan seperti yg sya pikir…
(kanser rahim)sebab klu jumpa doc kerajaan pun mereka hnya tekan2 dn mengatakn hnya kembung perut perut(angin)…
…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
- Masalah pada rahim seperti fibrioid endometriosis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.