
Sulit
4 tahun
Apakah cara untuk lancarkan period setiap bulan
Hai doctor , saya ingin tahu bagaimana atau apakah cara untuk lancarkan period datang setiap bulan ?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa tips untuk melancarkan haid setiap bulan, antaranya ialah:
- Yoga - Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2013 melibatkan 126 peserta menunjukkan bahawa 35-40 minit yoga untuk 5 kali seminggu sepanjang 6 bulan merendahkan tahap hormon yang berkaitan dengan haid tidak teratur.
- Mengekalkan berat badan yang sihat - Perubahan dalam berat badan boleh memberi kesan terhadap haid anda.
- Bersenam dengan kerap
- Halia
- Kayu manis - Kayu manis ternyata mempunyai banyak kegunaan dalam menangani masalah berkaitan haid. Kajian yang dijalankan pada tahun 2014 menunjukkan bahawa kayu manis berkesan dalam mengatur kitaran haid dan juga merupakan rawatan yang berkesan untuk penghidap PCOS.
- Pengambilan dos harian vitamin
- Cuka epal
- Elakkan diet rendah karbohidrat
- Mengambil cukup lemak dalam diet - Lemak penting dalam sistem hormon badan kita. Anda disarankan untuk mengambil asid lemak tidak tepu dan bukan lemak tepu atau lemak trans. Sumber asid lemak tidak tepu adalah seperti ikan berminyak (ikan salmon, sardin, tongkol), walnut, biji rami dan minyak sayuran.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh membacanya dengan klik di sini.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!