Sulit
4 tahun
Apakah gejalah varikokel
Apakah gejalah varikokel? adakah ia sakit atau sebagainya? dan seseorang yang mengalami penyakit ini boleh sembuh dengan normal atau tidak?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Varikosele (varicocele) adalah penyakit pada skrotum apabila salur vena pleksus pampiniform terdilat / membengkak dan terasa seperti sebuah kantung berisi cacing apabila disentuh. Kulit skrotum kelihatan kebiru-biruan.
Simptom sakit ini adalah:
- Sakit pada bahagian skrotum
- Testes mengecut
- Masalah tidak subur atau mandul
Varikosele boleh dirawat secara konservatif iaitu tunggu dan lihat, tetapi mempunyai risiko untuk kemandulan. Pilihan seterusnya adalah rawatan secara terus dan kekal iaitu pembedahan. Pembedahan ini hanya fokus kepada salur darah yang terlibat.
Kami menyarankan anda untuk mendapatkan nasihat doktor mengenai rawatan yang sesuai untuk anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama pakar kami mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.



























