
decent_sparrow
5 tahun
Apakah had maksimum kenaikan tekanan darah semasa bersenam
saya wanita berusia 35 tahun dan bersenam sekali seminggu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sebetulnya ia adalah sukar untuk dikatakan kerana tekanan darah setiap orang adalah berbeza-beza. Kenaikan haruslah tergantung kepada tekanan darah awal (sebelum bersenam) anda. Sebagai pegangan umum, tekanan darah seharusnya dapat turun kepada kadar normal dalam tempoh 2 jam setelah bersenam. Sekiranya ia masih tinggi (melebihi 140/90 mmHg), maka dikhuatiri tekanan darah adalah tidak normal.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.