
Sulit
4 tahun
Apakah nama ubat sapuan krim Kepala Zakar Melecet sensitif
Doktor,saya lelaki berumur 27 tahun,saya ingin bertanya apakah ubat sapuan krim untuk mengembalikan kulit kepala zakar yang melecer disemua bahagian kepala zakar ?
Berapa lamakah tempoh kulit kepala zakar yang terhakis dan sensitif akan pulih tumbuh kulit lapisan pertama semula bagi kegiatan onani yang kasar sehingga melecet teruk?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, masalah zakar luka dan melecet boleh disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan herpes
- Sifilis
- Kankroid
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- atau gangguan kulit yang lain
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Rawatan atau ubat memerlukan diagnosis dan konsultasi doktor, namun buat sementara waktu kami sarankan anda untuk :
- amalkan hubungan kelamin yang selamat seperti penggunaan kondom (untuk mengelakkan dari jangkitan ke pasangan)
- memakai pakaian dalam dari bahan kapas (baca: cotton undergarments)
- kurangkan bersentuhan dengan kawasan luka / nanah
- pastikan tangan dan barang-barang yang bersentuhan dengan luka betul-betul bersih
- amalkan cuci alat kelamin dengan bersih
- digalakkan mencuci luka menggunakan air mineral (untuk menjamin kebersihan air)
- kurangkan pergerakan yang boleh mengganggu penyembuhan luka
Sekiranya gejala bertambah teruk atau anda sangat tidak selesa, di sarankan untuk berjumpa dengan doktor secepatnya.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah