
Vivian
6 tahun
Apakah pemakanan untuk kencing manis?
Hai Doc, saya seorang perempuan yang berumur 23 tahun dan telah menghidap kencing manis. Bacaan gula dalam darah 10.0 - 11.0. Boleh tak Doc beri sedikit penerangan tentang pemakanan dan sebagainya yang berkaitan dengan penyakit tersebut agar saya dapat keluar dari kelompok tersebut. dan keluarga saya juga menghidap penyakit kencing manis.

6 tahun
Salam sejahtera.
Penyakit diabetes adalah penyakit kronik yang boleh dikawal dengan baik sekiranya anda berusaha untuk menjaga kesihatan diri.
Dari segi pemakanan, anda patut memilih diet yang berkhasiat dan seimbang. Penghidap diabetes dinasihati memilih makanan yang rendah dalam kalori, lemak tepu, lemak trans, gula dan garam. Anda juga patut mengawasi komposisi kumpulan makanan yang dimakan. Lebihkan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan susu rendah lemak atau skim. Minum air kosong dan elakkan minuman yang bergula seperti jus, kopi 3-in-1 dan soda. Makan mengikut jadual dan elakkan makanan segera dan makanan berlebihan.
Aktiviti fizikal adalah satu lagi bahagian penting dalam pengurusan diabetes anda. Apabila bersenam, otot-otot menggunakan gula untuk tenaga dan ini membantu badan menggunakan insulin dengan lebih cekap. Pastikan anda minum banyak air semasa bersenam untuk mengelakkan dehidrasi dan sediakan snek kecil sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya paras gula menjadi terlalu rendah.
Stres juga boleh meningkatkan gula darah anda. Terdapat banyak cara yang boleh anda pilih untuk mengurangkan tekanan anda seperti aktiviti bernafas, bersenam, bermeditasi, mendengar muzik dan lain-lain.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Menghidapi kencing manis pada umur 23 tahun adalah sangat awal dan perlu diberikan perhatian yang serius. Bacaan anda yang mencecah 10mmol/L bagi gula dalam darah memanWalaupun kencing manis mempunyai faktor genetik, ia secara keseluruhan merupakan penyakit yang berkaitag menentukan anda sebagai pesakit diabetes jenis 2.
Hidup dengan kencing manis adalah tidak mudah kerana anda perlu mempertimbangkan banyak faktor. Ini akan memberikan stres kepada kehidupan anda. Anda memerlukan ubat yang membantu mengurangkan gula dalam darah anda. Pengambilan ubat yang diberikan oleh doktor anda adalah sangat penting untuk mengawal gula darah anda dalam tahap yang baik. Anda perlu memeriksa tahap gula dalam darah anda seminggu sekali untuk mengetahui tahap pengawalan anda. Hal ini penting untuk mengelakkan komplikasi kencing manis yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti masalah penglihatan, masalah buah pinggang dan masalah jantung.
Dari segi perubahan gaya hidup pula, anda perlu makan secara sihat dan seimbang. Makan mengikuti kalori yang anda perlukan dalam seharian dengan nasihat daripada dietician anda. Pilih makanan yang berlemak rendah dan kalori yang rendah. Anda digalakkan makan buah-buahan yang banyak untuk membekalkan vitamin dan fibre yang diperlukan. Selain itu, buatlah senaman secara konsisten. Semoga saya menjawab soalan anda.