
Sulit
4 tahun
Apakah risiko dijangkiti
saya mempunyai masalah batuk selama 2 minggu tanpa simptom yang lain. baru baru ini ibu kepada anak asuhan mak saya telah disahkan positive covid. adakah saya berisiko untuk dijangkiti juga? ibu saya tidak menunjukkan sebarang gejala lagi setakat ini dan telah menjalani kuarantin. tetapi ada sentuhan fizikal bersama dengan anak kepada pesakit yang positive. jadi bilakah masa atau apakah keperluan bagi ibu saya ataupun saya menjalani swab test? atau kami hanya perlu menjalani kuarantin sahaja?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Memandangkan pandemik COVID-19 belum berakhir, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, menurut KKM, kumpulan yang wajib membuat ujian saringan adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala. Kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF.
Menurut KKM juga, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:
- Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
- Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
- Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
- Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.
Sekiranya anda adalah kontak rapat, saya yakin KKM akan menghubungi anda untuk lakukan ujian swab dalam masa 14 hari. Namun sekiranya anda bukan kontak rapat, buat masa sekarang, saya menasihatkan anda untuk mengasingkan diri dan memantau gejala COVID19. Sekiranya anda mempunyai gejala, sila berhubung dengan KKM untuk tindakan selanjutnya.
Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Kami di DoctorOnCall juga menyediakan khidmat ujian COVID19 dari rumah anda. Klik link ini untuk maklumat lanjut.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini