
Sulit
5 tahun
Apakah risiko penyakit hiv?
Seks tanpa kondom, dgn 1 pasangan saja, air mani di lepaskan di luar. Adakah berisiko utk terkena penyakit hiv?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, setiap hubungan seksual yang dilakukan tanpa perlindungan dan secara bebas walaupun hanya dengan 1 pasangan, mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia, sifilis, gonorrhoea dan juga HIV. Sekiranya anda berasa ragu-ragu, anda boleh membuat ujian HIV secara percuma (bayaran hanya RM1) di klinik kerajaan bagi menguji status HIV anda. Sekian