
Sulit
3 tahun
Apakah tanda subur bagi seorang wanita?
saya ingin tanya apakah tanda subur bagi seorg wanita? adakah kitaran haid 28-36 normal? apakah saya boleh hamil pada masa akan datang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa tanda-tanda subur bagi wanita. Antaranya adalah:
- Cecair pada faraj kelihatan seperti warna putih telur mentah
- Suhu badan sedikit meningkat selepas tidur
- Payudara lebih sensitif dan lembut
- Sensitif terhadap bau
- Rasa lebih bernafsu untuk bersama suami
Untuk makluman anda, apabila haid anda datang secara teratur, ini dipanggil sebagai kitaran haid. Kitaran haid secara tetap menandakan bahawa tubuh badan anda berfungsi dengan normal. Kitaran haid menyediakan bahan kimia yang penting, yaitu hormon, bagi menjaga kesihatan anda. Ia juga membantu badan anda bersedia untuk mengandung pada setiap bulan kitaran haid berlaku. Kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda.
Berdasarkan pernyataan anda di atas, anda boleh hamil pada masa akan datang. Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan