
Alfarid
6 tahun
Apakah tanda - tanda awal HIV?
Hi…boleh saya thu tanda2 awal HIV and jangka masa simpton2 tu muncul…

6 tahun
Hai. Salam sejahtera dan terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
HIV adalah sejenis jangkitan yang menyerang sistem daya tahan tubuh seseorang.
Pada peringkat awal, kebanyakan pesakit yang dijangkiti virus ini akan melalui sebuah fasa yang dinamakan sebagai ‘seroconversion’. Mereka akan mengalami demam yang menyerupai demam biasa. Demam ini akan tiba bersama-sama sakit kepala, sakit tekak, batuk mahupun cirit-birit. Ia akan tiba dalam jangka masa 2 hingga 6 minggu selepas terdedah kepada virus ini. Tiada simptom atau tanda-tanda yang boleh digunakan untuk membezakan antara fasa ‘seroconversion’ ini dengan demam kerana virus lain yang biasa.
Walaubagaimanapun, ia boleh berlarutan antara 2 hingga 4 minggu. Selain itu, ada pesakit yang mengalami kekeliruan dan penurunan daya kognitif ataupun fungsi otak oleh kerana otak yang terjejas oleh virus ini. Namun, keadaan ini tidak akan berlarutan dan pesakit boleh menjadi sihat seperti sediakala. Untuk sesetengah individu pula, pada fasa ini, tiada sebarang penyakit yang terjadi kepada mereka.
Sekiranya anda merasakan bahawa anda berisiko untuk terdedah kepada virus ini, maka anda dinasihatkan untuk segera melakukan ujian saringan. Anda boleh ke mana-mana klinik kesihatan atau hospital yang menawarkan perkhidmatan ini.

6 tahun
Hai dan terima kasih atas soalan anda.
Terdapat dua peringkat untuk simptom jangkitan HIV. Dalam masa 2-6 minggu selepas dijangkiti virus, sebilangan pesakit akan mengalami tanda-tanda seperti demam, sakit tekak , batuk, sakit otot, sakit kepala, cirit-birit, bengkak kelenjar limfa, letih, ruam, sakit sendi dan turun berat badan.
Pada peringkat ini, pesakit selalunya kelihatan sihat walaupun HIV positif. Walau bagaimanapun, pesakit boleh merebakkan virus ini kepada orang lain. Virus HIV ini akan memusnahkan sel imun badan yang dipanggil CD4. Apabila sel ini semakin berkurang, pesakit akan menghidap penyakit berpeluang, dan ini dinamakan gejala AIDS (Acquired Immuno Deficient Syndrome). Ini akan mengambil dalam masa 8-15 tahun. Gejala yang mungkin dialami ialah:
• Ruam
• Jangkitan system pernafasan
• Jangkitan paru-paru yang teruk dan batuk kering
• Cirit-birit yang kronik
• Jangkitan kuman pada otak (toxoplasmosis)
• Jangkitan kulat
• Kanser (Kaposi’s sarcoma)
Jika seseorang itu mngesyaki mereka mempunyai jangkitan HIV, ujian antibody HIV boleh diperolehi di mana-mana klinik atau hospital. Ibu mengandung juga disaring untuk jangkitan HIV untuk mengurangkan jangkitan kepada anak.