
izzatiburn97
5 tahun
Asid folic untuk mengandung
Saya wanita 20an dan telah berkahwin dan merancng utk hamil. Adakah pegambilan acid folic akan memudahkan seseorang wanita utk mengandung? Dan adakah meningkatkan kesuburan? Dan bolehkah suami mengamalkan acid folic utk meningkat kesuburan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Asid folik ialah sintetik Vitamin B9. Ia digunakan untuk mengelakkan penyakit seperti:
- Kecacatan yang dikenali sebagai Neural Tube Defect pada anak
- Penyakit homocystein yang tinggi yang boleh menyebabkan strok
- Anaemia, sel darah merah yang rendah
Ia bagus untuk semua lapisan umur tanpa mengira jantina. Bagi kaum lelaki, ia boleh membantu meningkatkan bilangan sperma.
Anda perlu mengambil asid folik 3 bulan tempoh mencuba untuk mengandung sehingga 3 bulan selepas hamil.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.