
Sulit
4 tahun
Assalamualaikum wbt doktor..saya nak bertanya, saya baru pulang dari pemeriksaan doktor ibu dan anak..sy ade maklumkan bahawa saya ade spotting beberapa hari sebelum ni..dan doktor telah berikan saya ubat duphaston
Doktor memberi dos 4biji harini sekali makan…dan keesokannya 1 biji 3 kali sehari makan…tapi saya telah tersalah dengar ahli farmasi maklumkan…saya telah makan 8 biji harini sekali makan…adakah akan ada apa apa kemudaratan kepada saya??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda. Untuk makluman anda, kami tidak berapa jelas dan memerlukan lebih banyak maklumat untuk menentukan mengapakah doktor memberikan anda Duphaston.
Kami sarankan agar anda memantau keadaan anda buat masa ini dan berjumpa dengan doktor yang merawat anda dan berbincang mengenai keadaan anda. Jika keadaan anda bertambah teruk seperti mengalami pendarahan yang banyak, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dengan segera.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Tidak terdapat banyak maklumat mengenai overdos Duphaston. Namun begitu, jika badan anda berasa tidak selesa, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.
Anda masih risau tentang masalah spotting anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Langkah terbaik buat masa ini adalah untuk anda pergi ke klinik pakar sakit puan ataupun bercakap dengan doktor sakit puan kami di (DoctorOnCall) secara atas talian untuk pencerahan yang lebih jelas.