
Sulit
4 tahun
Attack pinggang kanan dan sukar bernafas secara tiba tiba
Hi,saya berumur 18 tahun.Saya mengalami attack pinggang kanan dan dalam masa yang sama saya jadi payah untuk bernafas secara tiba tiba.Ianya berlaku hanya dalam beberapa saat sahaja.Baru 2 kali saya hadap masalah ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pinggang kanan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Patah tulang belakang ( Spondilolisis )
- Patah tulang rusuk
- Scoliosis ( kebengokkan tulang belakang ke sebelah tepi)
- Kyphosis ( kebengokkan tulang belakang ke bawah )
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah hempedu seperti infeksi, ataupun obstruksi ke asid hempedu.
- Masalah buah pinggang seperti infeksi, batu karang, autoimun, barah buah pinggang dan sebagainya
- Sakit pinggang disebabkan oleh trauma
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan. sebelum sebarang kesimpulan dibuat.
Berkenaan dengan kesukaran bernafas yang anda alami, kami memerlukan maklumat lebih terperinci daripada anda tentang gejala tersebut yang anda alami. Pelbagai pertanyaan seperti sejarah kesihatan paru-paru anda juga adalah penting untuk ditanyakan. Namun, sekiranya gejala ini semakin bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna serta rawatan yang tepat.
Oleh itu, jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih