
Sulit
4 tahun
Aturan kitaran haid selepas keguguran
Saya wanita berumur 39 tahun…baru mengalami keguguran dan turun darah pada 22/4/2020…kandungan berusia 7 minggu…turun darah selama 12 hari…doctor mengesahkan, dan no D&C needed…dan selepas itu hanya normal discharge yang keluar…tetapi pada 14/5/2020, saya keluar darah kembali…dan saya tak pasti ini darah haid atau darah dari keguguran yang masih tinggal…adakah boleh saya datang haid begini awal? Kerana jika ini darah haid saya tidak bileh berpuasa…need your advice…tq

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Mendangkan doktor telah membuat pemeriksaan serta telah memastikan bahawa rahim anda kosong, saya berpendapat ini berkemungkinan darah haid anda. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.