
Sulit
5 tahun
Awal kehamilan pertama
Hai doc. Sy cek upt positif. Kemudian sy ke klinik utk scan, tapi doc kata tak nampak apa2. Kemudian, sy buat ujian drh, dan hasil pertama selepas 48jam adlh 133.1. Adakah ini normal dan terjadi pd kandungan pertama? Atau sy mengandung luar rahim?please doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tahap hormon hCG (human chorionic gonadotropin) dalam kehamilan normal biasanya meningkat dua kali ganda setiap 48 jam pada awal kehamilan. Kandungan luar rahim biasanya tidak menunjuk peningkatan hormon hCG sebanyak dua kali ganda dari bacaan pertama, sebaliknya ianya kurang.
Untuk makluman anda, punca-punca lain selain kehamilan untuk masalah positif bacaan hormon hCG ialah:
- kehamilan anggur
- ketumbuhan yang mengeluarkan hormon hCG
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.