
kim
5 tahun
Ayah saya ada darah tinggi
Salam doktor, ayah saya ada darah tinggi, baru-baru ni dia kena serangan jantung. Soalan saya kenapa sakit jantung tak boleh detect awal-awal dan makan ubat macam darah tinggi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Pertamanya, takziah saya ucapkan kepada bapa anda dan saya mendoakan agar beliau kembali pulih dan sihat seperti sedia kala. Sakit jantung merupakan terma yang sangat luas dan kadang-kadang mengelirukan. Ada sakit yang kronik, di mana mengambil masa yang lama untuk menjadi teruk, dan ada juga yang acute bermakna kecemasan.
Seperti kes bapa anda, serangan jantung merupakan kes kecemasan yang mencatatkan bilangan kes semakin tinggi saban hari. Serangan jantung tidak dapat dikenal pasti lebih awal seperti darah tinggi. Kerana tidak ada ujikaji atau tests yang mampu menjangkakan bila serangan ini akan berlaku
Walaubagaimanapun, serangan jantung BOLEH dielakkan dengan mengenalpasti punca dan risiko yang boleh membawa kepada serangan. Contohnya :
o Merokok : merokok meningkatkan risiko serangan jantung. Jadi dengan berhenti merokok, risiko akan berkurangan dengan banyak sekali
o Darah tinggi yang tidak terkawal : dengan mengambil ubat mengawal darah tinggi, kes serangan jantung disebabkan darah tinggi dapat dielakkan
o Kandungan kolesterol yang tinggi : seperti sedia maklum, kolestrol tinggi dalam darah akan menyebabkan plaque-plaque kolestrol terbina dalam pembuluh darah. Apabila plaque ini tertanggal, lalu dibawa ke saluran darah jantung, lantas menyumbat aliran darah (coronary arteries) inilah yang dinamakan serangan jantung. Jadi bagi mengelakkan perkara ini, anda disarankan mengambil ujian darah bagi mengetahui kandungan kolestrol dalam darah dan sekiranya diperlukan, mengambil ubat mengawal kolestrol seperti statins.
o Kencing Manis : Juga membawa risiko serangan jantung. Pastikan anda mematuhi regimen rawatan kencing manis, sama ada mengambil ubat pil atau ubat suntikan insulin
o Gaya hidup tidak sihat : ini melemahkan peredaran darah di jantung lantas meningkat kan risiko serangan. Anda disarakan mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan, diet yang berkhasiat dan kurangakan tekanan minda.
Selain daripada perkara diatas, salah satu cara lain yang boleh membantu kes serangan jantung ialah dengan mengetahui apakah simptom dan tanda serangan dan sekiranya anda melihat tanda ini, panggilan kecemasan ke hospital dapat dilakukan. Sebenarnya, lebih cepat pesakit tiba di pusat kecemasan, lebih tinggi harapan untuk pesakit pulih dan tidak mengalami kesan komplikasi serangan jantung yang anda sedia maklum. Di pusat kecemasan, para doktor dapat memberikan ubat kecemasan bagi mengembalikan saluran darah yang tersumbat tadi.
Saya syorkan bagi sesiapa yang berusia 50 tahun ke atas untuk melakukan semua saringan penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya supaya dapat mengelakkan komplikasi penyakit tersebut dari tiba. Kebanyakan penyakit ini bersifat “silent” di mana tiada simptom atau tanda dan secara tiba-tiba serangan komplikasi berlaku.
Saya berharap saya dapat menjawab soalan anda. Terima kasih.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.