
Sulit
4 tahun
Baby buang air besar kerap
Hi doctor,
Baby saya umur 4 bulan kerap buang air besar pada hari ini. Mula berlaku pada hari ini. Dia mula buang air besar pada jam 2.30am pagi tadi sehingga jam 5.00pm ptg ni sudah 4 kali. Adakah ini normal doctor?
Condition baby adalah aktif. Minum susu juga kerap spt biasa. Baby saya full FM.
Harap doctor dpt membantu. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Secara amnya, bayi di sekitar umur anak anda membuang air besar sekali sehari atau sekali dalam beberapa hari. Sekiranya tahi anak anda lembut dan bukannya air (cirit-birit), ianya mungkin normal.
Memandangkan masalah ini baru berlaku hari ini dan anak anda masih aktif dan mahu menyusu, saya sarankan untuk anda awasi dahulu gejala anak anda. Akan tetapi sekiranya masalah ini berlarutan, dia mengalami cirit birit, dihidrasi (bibir kering, mata cengkung, tidak mahu minum), pembesaran terbantut, anda disarankan untuk berjumpa doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.