
wiwingnaomi
5 tahun
Bacaan ALT sya di paras 212 u/l. Terkini DBILC adalah paras 4 umo/l
Saya berumur 28thn.Saya mengalami hipertensi tetapi belum makan ubat.Sebelum ini sya tiada merasakan sakit apa2 cuma sejak kebelakangan ini saya sering mengalami kekerapan sakit sedikit di bahagian dada apakah risiko kesihatan yang saya hadapi ? Ujian HEP A dan HEP B juga menunjukkan normal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Selain masalah hati, masalah jantung boleh menyebabkan bacaan ALT tinggi. Oleh itu anda digalakkan untuk berjumpa pakar kardiologi untuk pemeriksaan yang lebih teliti memandangkan anda mempunyai darah tinggi juga.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.