
Sulit
4 tahun
Bacaan bp tidak seperti kebiasaan
Hai doktor, sy igin bertny, seorg Lelaki 50an. Bacaan tekanan darah 124/103 pulse 50
Adakah bacaan ini msih normal? Sblm ini diastolik skitar 80-95. Utk pulse mmg kebiasaan 50- 60

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, tekanan darah normal untuk individu yang sihat adalah sekitar 120/80 mmHg dan denyutan nadi yang normal adalah 60-100 dalam seminit. Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh anda, tekanan darah diastolik adalah tinggi dan ia memerlukan perhatian oleh doktor.
Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang mengalami masalah tekanan darah tinggi:
- Mempunyai penyakit hipertensi
- Stres
- Mempunyai masalah jantung
- Obesiti
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai pertanyaaan anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.