
Sulit
4 tahun
Bacaan fungsi hati tinggi
Hai doktor Saya lelaki berumur 33 tahun dan baru discharge dari wad untuk pemeriksaan jantung…semasa discharge doktor yang bertugas maklumkan yg fungsi hati Saya tinggi sebanyak 90…jadi Saya ingin tahu adakah ianya serius yang memerlukan rawatan…kerana ayah Saya penghidap kanser hati…terima kasih…

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah bacaan enzim hati tinggi boleh disebabkan oleh:
- Keradangan yang berlaku pada hati
- Ubatan (contohnya sesetengah ubatan untuk mengawal kolesterol)
- Hepatitis
- Obesity
- Hati berlemak
- Non-alcoholic liver disease
- Obesiti
- Minuman alkohol yang tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.