
Sulit
4 tahun
Bacaan gula semasa puasa
emak saya berumur 72 tahun…semalam buat test bacaan gula…dalam pukul 3 ptg…bacaan gula dia 6…
hari ni check gula dalam pukul 11 pagi bacaan gula 6.1
emak saya tiada kencing manis
adakah bacaan tersebut normal atau ada kencing manis

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, bacaan gula normal ketika berpuasa adalah 4.4-5.5. Ini bacaan bagi orang yang tiada diabetes. Bacaan 5.6-6.9 pula merupaka bacaan bagi pra-diabetes.
Namun, disarankan:
- mengamalkan pemakanan yang sihat seperti suku, suku, separuh iaitu suku nasi, suku lauk, separuh sayur
- Bersenam
- kurangkan makanan bergula
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.