
Sulit
5 tahun
Bacaan tekanan darah berbeza
Salam&selamat sejahtera.
Boleh doktor terangkan mengapa kah bacaan tekanan darah berbeza ditangan dan kaki kedua dua belah kanan& kiri?
Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah perbezaan dalam bacaan tekanan darah pada kaki dan tangan ini adalah biasa. Sekiranya bacaan atas atau bawah tekanan darah anda mempunyai perbezaan lebih 10 mmHg jika dibandingkan tangan kiri dan kanan, ini boleh disebabkan oleh:
- peripheral artery disease
- kencing manis
- masalah buah pinggang
- masalah jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.