
Anonymous
5 tahun
Bacaan tekanan darah dewasa dan kanak2
1.Dewasa umur;42 sistolik 180, distolik 123
2.dewasa umur :42, sisttolik 101,distolik 59
3,kanak2:umur 9thn, sistolik 125, distolik 80
4 .kanak2: umur 7thn, sistolik 75, distolik 74
Apakah tanda setiap bacaan tu doc.(no 1 hingga 4)

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Bacaan normal bagi tekanan darah bagi semua usia ialah kurang dari 120 untuk tekanan sistolik dan kurang 80 untuk tekanan diastolik (<120/80 mmHg).
Jika tekanan darah: kurang daripada 90 untuk tekanan sistolik dan kurang dari 60 untuk tekanan diastolik – lingkungan hipotensi (<90/60mmHg)
Tekanan darah melebihi (130/90mmHg)-- Dipanggil Risiko Hipertensi
Tekanan darah (140-159/90-99mmHg)-- Hipertensi tahap 1
Tekanan darah (160-179/100-109mmHg)-- Hipertensi tahap 2
Tekanan darah (melebihi 180/110mmHg)–Hipertensi tahap 3
Namun untuk mengatakan bahawa seorang itu menghidap hipertensi(tekanan darah tinggi) atau hipotensi (tekanan darah rendah), bacaan berkala adalah diperlukan.
Bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi dalam sejarah keluarga, adalah lebih baik untuk sentiasa berhati-hati dan sentiasa menjaga kesihatan. Cara pemakanan yang sihat dan kekerapan bersenam adalah salah satu cara bagi mengelakkan masalah penyakit hipertensi
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih