
joelsaran86
5 tahun
Bacaan Tekanan Sarah tinggi
Saya berumur 31 thn. Saya mengambil amlibon 5mg setiap tghhari selepas lunch.
Sebelum pengambilan ubat reading BP adalah 165/100 (anggaran).
Setelah mula makan amlibon 5mg, reading BP shows 143/94. Dystolic Masih tinggi.
Adakah baik until teruskan amlibon 5mg atau perlu increase dose. Ada apa-apa Medan sampingan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bacaan tekanan darah anda boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat secara konsisten serta pengawalan makanan dan senaman bagi memastikan bacaan tekanan darah lebih stabil. Sekiranya bacaan tekanan darah ini masih berterusan walaupun dengan pengambilan ubat, senaman dan penjagaan makanan selama 2 minggu, maka anda boleh berjumpa dengan doktor anda semula untuk berbincang samada penukaran dos atau penukaran/penambahan ubat darah tinggi yang lain. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.