
Sulit
5 tahun
Badan demam on off dan panas dalam
Hi doc . Umur 18 thn and badan saya rasa tak selesa lepas 18/3 saya keluar dan ade jumpa dengan beberapa orang . Esoknya badan saya demam tapi panas dalam . Saya pergi check klinik suhu badan normal dalam 35 macam tu. Balik klinik demam balik . Normal ke demam yang kejap okay kejap panas ? saya risau saya pembawa dan boleh jangkit dengn family . Last keluar pergi check klinik dengan 18/3 je lepastu quarantine je dekat rumah . Symptoms lain takde selain demam je .

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, demam adalah apabila bacaan 37.5 dan keatas. 35 bukanlah masalah demam. Namun, masalah kepanasan boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- hormon tiroid berlebihan
- dehidrasi
- cuaca panas
- sindrom premenstrual
- menopause
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini