
Sulit
4 tahun
Badan kurus kering dan tak boleh berdiri atau berjalan
Salam, bulan lepas saudara saya bru keluar dari hospitas dan air badan banyak dikeluarkan tapi sekarang badan sangat kurus dan tak boleh berdiri dan berjalan, macam isi mengering bila ditanya dia tak sakit tapi tak ada selera makan, kerap kencing, apakah cadangan apa yang perlu dibuat adakah saya perlu menghantarnya ke hospital atau ada ubat atau cara lain untuk memulihkan selera dan jika perlu vitamin apa yang saya perlukan untuk memulihkan badan dia, macam terlalu banyak kehilangan gizi, terima kasih.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Dehidrasi
- Malnutrisi
- Masalah pendarahan dalaman
- Jangkitan kronik seperti TB
- Masalah tiroid
- Kanser
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.