
Sulit
5 tahun
Badan kurus sebab cacing
Salam doktor…umur saya 16 tahun tapi badan saya tak sama macam kawan kawan sebab saya kurus macam orang tak makan…apakah sebab badan saya kurus doktor?adakah disebabkan cacing

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kurang berat badan boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Genetik (keturunan)
- Metabolisma tinggi
- Masalah penghadaman (seperti penyakit Coeliac)
- Masalah insulin (seperti diabetes jenis 1)
- Stress/tekanan emosi
- Penyakit tiroid (hiper-tiroid)
- jangkitan parasit
Pemakanan seimbang seharusnya diamalkan dengan mengandungi kesemua jenis nutrien seharian oleh badan. Perkara ini boleh dirujuk dengan lebih mendalam setelah punca-punca berat badan rendah telah diasingkan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.