
Sulit
3 tahun
Badan lemah dada pedih
hye doc,sekarang saya akan rasa seperti badan lemah seperti lapar,dan susah nak tidur seperti tak selesa di perut,dada seperti panas…saya akan rasa tidak selesa bernafas jika badan terasa lemah dan dada seperti panas perut tidak selesa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan di atas, kami memahami bahawa anda mempunyai gejala lemah badan, susah tidur, tak selelsa di perut, panas dada dan tidak selesa bernafas. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kumpulan simptom yang dinyatakan boleh berpunca dari pelbagai penyakit. Antaranya adalah:
- Edema pulmonari (Pulmonary oedema)
- Sakit jantung
- GERD (gastro-esophageal reflux disease)
- Masalah buah pinggang
- Penyakit sistem salur darah dan jantung
- Penyakit injap jantung
Walaubagaimanapun, diagnosis yang jelas tidak dapat diberi kerana tiada perincian simptom, sejarah penyakit, pemeriksaan fizikal dan ujian klinikal. Oleh itu, kami menyarankan untuk merujuk doktor anda atau bercakap dengan doktor pakar kami secara atas talian untuk rawatan sepatutnya.
Harap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.