
Sulit
5 tahun
Badan lemah, kepala berat, krem perut
Saya wanita, sudah berkahwin 7 bulan dan berumur 27 tahun. Dua tiga hari saya selalu rasa krem perut selepas habis period. Hari ini tiba tiba saya berasa pening berat kepala dan seperti ingin pitam. Bila saya tahan untuk tidak pitam badan jadi berpeluh peluh. Perut saya selalu sakit bila tunduk. Last saya dtg bulan 4/4/2020.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Untuk makluman pihak anda, sakit perut ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Keracunan makanan
Gastritis adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
Radang pankreas atau pancreatitis.
Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Manakala, masalah pitam boleh disebabkan:
Kurang gula dalam darah
Masalah mata
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.