
Sulit
3 tahun
Badan lemah ketika kawad
Saya wanita berumur 20 tahun. Setiap minggu saya akan ada latihan kawad dan setiap kali kawad saya akan berasa seperti hendak tumbang, badan menjadi lemah dan menggeletar. Jurulatih jarang memberi kami rehat memandangkan latihan hanya berjalan selama dua jam sahaja. Adakah saya perlu meminum air 100plus atau air glukosa sebelum memulakan latihan? Badan Saya juga mempunyai BMI yang rendah. Adakah ini salah satu faktor yang menyebabkan saya hendak tumbang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Anemia
- Hipoglikemia
- Hipertiroid
- Vertigo
- Dehidrasi
- Ketidakseimbangan elektrolit tubuh
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.