
Sulit
3 tahun
Badan mengalami gatal gatal pada waktu pagi dan malam sahaja
Saya baru sembuh dari penyakit covid…dan juga saya sedia ada penyakit kencing manis…slps keluar wad saya menggunakan insulin dgn dose 20,20,20 & 30 + prednisolone (yg perlu dilengkapkan selama 10hari) + metformin…adakah diantara ubatan ini sy mengalami gatal2 dgn bengkak kecil seperti digigit nyamuk?sedangkan saya tiada alahan/alergi pada ubatan.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami anda mengalami kegatalan dan bengkak-bengkak kecil seperti gigitan nyamuk. Anda juga mengambil insulin, metformin dan prednisolone dan ingin mengetahui jika ubat tersebut boleh menyebabkan masalah anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, simptom-simptom alergi adalah kegatalan, ruam, kesukaran bernafas, kebengkakan muka, lidah dan tekak. Manakala, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh :
- Gigitan serangga
- Alahan pada habuk
- Jangkitan kulit
- Kulit kering
Kami menasihatkan anda untuk merujuk masalah anda kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar kegatalan badan anda. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.