
Sulit
3 tahun
Badan Obesiti Onani Setiap Malam sebelum tidur
Baru-Baru saya onani kenapa air mani saya rasa tak pekat dan mudah terpancut tak sampai 2 minit
Bolehkah doktor bagi pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan
Melalui keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah zakar yang tidak bertahan lama dan mudah mengeluarkan air mani dalam masa 2 minit. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya keadaan ini pada lelaki seperti :
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Berat badan berlebihan
- Merokok
- Penggunaan dadah terlarang
- Aktiviti seksual tidak sihat
- Trauma kepada alat kelamin
Antara faktor-faktor yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor adalah seperti:
- Penyakit Kronik seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dalam badan
- Masalah kesihatan mental
- Penyakit genetik
- Penyakit saraf
- Mati pucuk
Oleh itu anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor